About Me
Ben kimim?
Merhaba, saya Lina Shazlina Ahmad Adni. Anak jati Selangor yang membesar bersama enam adik-beradik yang lain. Gemar mengembara dan memasak di waktu lapang. Mantan Naib Presiden 2 Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT). Satu-satunya rakyat Malaysia yang dilatih sebagai Guru Bahasa Turki oleh Kerajaan Turki sendiri.
Enam tahun perjalanan di Ankara dengan satu misi iaitu membawa pembelajaran Bahasa Turki yang autentik dari perspektif penutur Bahasa Melayu pulang ke tanah air.
Perjalanan Unik Mempelajari Bahasa Turki
Saya adalah satu-satunya rakyat Malaysia yang:
- Melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Turki (B.Ed.) di Gazi University, salah satu fakulti pendidikan paling berprestij di Türkiye
- Menerima Tajaan Penuh Kerajaan Turki, Türkiye Bursları (Türkiye Scholarships) atau lebih dikenali sebagai biasiswa YTB, khusus untuk bidang ini.
Pengalaman ini membentuk sepenuhnya cara saya mengajar hari ini, dengan gabungan metodologi akademik yang kukuh dan pemahaman budaya yang mendalam.

Berkongsi Kisah dan Pengalaman
Laman web ini bukanlah sekadar tempat untuk mempelajari tatabahasa Bahasa Turki.
Ini adalah ruang untuk saya berkongsi cerita, budaya, dan pengalaman yang membentuk perjalanan dan kehidupan saya sebagai pelajar Malaysia di Ankara, serta pandangan budaya yang jarang didengar oleh rakyat Malaysia.
Saya ingin laman ini menjadi wadah dan takuk rakyat Malaysia mempelajari Bahasa Turki melalui kisah, budaya, dan hubungan sesama manusia yang sangat unik, bukan hanya melalui rumus dan hafalan.
Kenapa Saya Mencipta Laman Ini
Türkiye bukan sahaja memberi saya pendidikan, ia membentuk siapa saya hari ini.
Sebagai satu-satunya rakyat Malaysia yang mempunyai latar belakang akademik dan budaya yang unik seperti ini, saya merasakan tanggungjawab untuk membawa pulang ilmu tersebut dan menyampaikannya dengan cara yang ikhlas, autentik, serta mudah difahami.
Misi saya adalah mudah: Jika perjalanan saya dapat memberi inspirasi kepada seseorang untuk mencuba sesuatu yang baru; sama ada bahasa, budaya, mahupun impian. Maka semua pengalaman saya di Türkiye benar-benar berbaloi.
Kelayakan Akademik
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Turki (B.Ed.), Gazi University
- Sijil Profesional dalam Teaching Turkish as a Foreign Language
- Penerima Türkiye Scholarships (Tajaan Penuh Kerajaan Türkiye)
Pengalaman Mengajar
- Guru Bahasa Turki Tahun 4 & 5 di sekolah kerajaan Türkiye (di bawah Kementerian Pendidikan Türkiye)
- Pensyarah Bahasa Turki di Yunus Emre Institute Kuala Lumpur
- Pensyarah Bahasa Turki di UKM, MSU & UPNM
Pengalaman Profesional Lain
- Pengacara majlis dwi-bahasa untuk acara budaya dan rasmi Malaysia-Türkiye
- Wakil pelajar Malaysia dalam program lawatan diplomatik
- Penceramah untuk perkongsian peluang kerjaya di Turki
Selamat datang ke ruang kecil Türkiye saya.
Hoş geldiniz.